Rabu, 31 Julai 2013

1142. Antara Dua Darjat. Kisah Guru dengan Pengawal Keselamatan di Bulan Ramadhan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..


Muhasabah Diri Kerana Allah S.W.T..

Jadikanlah ia Sebagai Muhasabah Diri - Kisah Antara Guru dengan Pengawal Keselamatan di Bulan Ramadhan


Posted by Kedah Lanie
-tokjanggut-


Ini gambar Hiasan Saja....

Petang tadi (21/7/2013) cikgu-cikgu di sebuah sekolah menengah di daerah Yan Kedah telah mengadakan 'Majlis Berbuka Puasa' di sekolah mereka.

Orang rumah Tok yang bertugas sebagai 'PENGAWAL KESELAMATAN' di asrama perempuan sekolah itu masuk bertugas dari jam 8.00 pg hingga 8.00 mlm. Pada kebiasaannya jam 7.00 ptg dia sampai balik ke rumah untuk berbuka. Tapi hari ini dia tidak dapat balik kerana bertugas.

Jam 8.30 mlm baru orang rumah Tok sampai balik.
- Dah berbuka Yang...
+ Dah...
- Makan apa?
+ Ayaq paip...

- Aikkk..... kata ada majlis berbuka. Cikgu-cikgu tak ajak ka?
+ Kalau ajak tak kan Yang nak bebuka dengan ayaq paip Bang...
- Cikgu-cikgu tak nampak Yang kot...
+ Tak nampak apa dok sembang sekali dekat-dekat nak buka, sambil-sambil dok tunggu cikgu sekolah lain mai.

Kesian kat bini Tok. Tok tengok ayaq mata dia bergenang. Bukanlah dia KEBULOQ sangat nak buka posa dengan cikgu-cikgu tu....

Tapi dia rasa TERHINA YANG AMAT SANGAT betapa RENDAHNYA DARJAT SEORANG JAGA (dia rasa macam anjing kurap lagi elok) sehingga berada didepan mata pun tidak dipelawa untuk berbuka puasa. Orang rumah Tok sedaq kerjaya seorang GURU AMATLAH MULIA DAN TINGGI

DARJATNYA, jika dibandingkan dengan JAGA mungkin sebab itu dia tidak layak berbuka bersama guru-guru disitu, kot nak huloq ayaq secawan pun dak... Bunyi 'Bang' ja orang rumah Tok masuk post tadah mulut kat paip ayaq...

Ada sorang cikgu tu, (lepas berbuka) siap belahak-belahak lagi depan orang rumah Tok.
Masyallah......!!!

Nak kata dia ingat orang rumah Tok ni KAPIAQ pun.. Orang rumah Tok pakai tudung (tutup aurat).
Dunia....dunia...!

# BIARLAH BUTA DI MATA,
JANGAN BUTA DIHATI.

* harap-harap salah seorang cikgu di sekolah berkenaan ada terbaca status ini untuk disampaikan kepada SEMUA cikgu-cikgu sekolah itu.

Semuga menjadi IKTIBAR kepada kita semua.
Assalamualaikum.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: