Jumaat, 5 Julai 2013

742. Dr.Ahmed Mehran - Pengasas Tamarood bertaubat apabila sedari 'pembangkang perangi Islam bukan Mursi'.

Pengarah Pusat Kajian Politik dan Undang-Undang Kaherah, Dr.Ahmed Mehran yang merupakan penggerak "Barisan Penyelamat", telah mengumumkan secara rasmi keluar dari badan tersebut.

Barisan Penyelamat merupakan gerakan pembangkang Mursi yang diterajui oleh Hamdeen Sobahi, Amru Musa dan Dr.Mohammed El-Barade'i.

Mehran turut menolak usaha yang dirancang kumpulan tersebut bagi menjatuhkan Mursi pada 30 Jun ini mendedahkan demikian ketika menjadi tetamu stesen televisyen "An-Nas" yang dikendalikan oleh Syeikh Khalid Abdullah. Menurut beliau, "Saya sebagai anggota pembangkang telah mencurahkan segala usaha dan tenaga saya bagi memerangi kumpulan politik Islam, memerangi habis-habisan Ikhwan Muslimin. 

Ini kerana saya menganggap pertembungan ini bagi kebaikan negara dan memperjuangkan masa depan Mesir. Sehingga saya mengerti hakikat sebenar bahawa sebenarnya asas pertembungan ini iaitu dengan Islam, ia bukan peperangan politik atau parti semata-mata akan tetapi perang ke atas Islam dan musuh Islam ingin menghancurkan negara, inilah matlamat mereka."

Mehran juga menyesali atas perbuatan beliau selama ini. "Saya menyesal usaha saya selama ini memerangi Islam dan kumpulan Islam."

Beliau sebelum ini merupakan orang yang bertanggungjawab mengemukakan petisyen di mahkamah bagi membubarkan Dewan Rakyat, Dewan Senat, Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan, menangguhkan Pilihanraya Dewan Rakyat, bersubahat memfitnah pemimpin Ikhwan, Dr.Isom Eryan dan Mohammed Beltaji menyerang kumpulan pembangkang yang berdemonstrasi di Tahrir serta bertanggungjawab mencetuskan idea penubuhan kempen "Tamarrud" bagi mengumpul tandatangan rakyat bagi menjatuhkan Mursi.


Sumber:




Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: