Isnin, 8 Julai 2013

770. Sunnah Rasulullah SAW.

Sunnah Rasulullah s.a.w added a new photo.


:: 10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR ::

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba. 

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram. 

3. Mereka dihalau dalam keadaan terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari golongan yang suka berdusta. 

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari golongan yang riak 
     bangga diri dan sombong. 

5. Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidah sendiri sedang lidahnya itu menjulur ke bawah sampai ke 
    dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan 
    dengan perilakunya. 

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha 
    mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur. 

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah orang-orang yang mengganggu 
    jiran-jiran. 

8. Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang dalam menetapkan hukum. 

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai. Mereka adalah orang yang gemar 
    melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib seperti zakat, puasa, solat, tidak menjalankan kerja 
    dakwah dan sebagainya. 

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yang syirik 
       kepada Allah swt.

●●●⊱●●⊱●⊱ Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ⊰●⊰●●⊰●●●

Assalamualaikum...

Bercakap tentang hukum dalam Islam, dikatakan berlagak alim...

Bercakap tentang jodoh, dikatakan gatal nak kahwin...

Bercakap tentang bertaubat, dikatakan masih muda...

Bercakap tentang dosa dan pahala, ada yang langsung tidak mengendahkannya...

Begitulah jalan kehidupan dalam melakukan dakwah...kita akan terima pelbagai reaksi daripada orang ramai...

Tetapi, ingatlah bahawa niat kita untuk berdakwah itu melepasi segala2nya...jika perkara yang kita ucapkan itu betul dan baik, usah pedulikan tanggapan negatif sesetengah pihak...

Rasulullah SAW bersabda, "Sampaikanlah dariku walau satu ayat" (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga sahabat sekalian terus berada di atas landasan dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh manusia... :)


A great white shark swims off the coast of Mexico's Guadalupe Island. (Photo by Marc Henauer)

See more shots from the National Geographic Traveler Photo Contest: http://on.natgeo.com/14SaimL
Like · · · 19 hours ago ·
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: